Fungsi pengion, Fungsi 3d pure air (grid boleh laras), Penapis-penapis – Инструкция по эксплуатации Tefal PU4025

Страница 43: Penyelenggaraan, Cahaya, Pemasa / mula ditangguhkan

Advertising
background image

43

CAHAYA

Anda boleh mengubah keamatan cahaya perkakas anda mengikut keinginan anda dan pada bila-bila masa sepanjang hari.

FUNGSI PENGION

Fungsi pengion menyebarkan ion-ion negatif ke dalam udara. Fungsi ini tutup secara automatik Untuk
menghidupkan, tekan sebentar pada butang 12.

PEMASA / MULA DITANGGUHKAN

Jika penapis udara dihidupkan: anda boleh menggunakan butang ini untuk menetapkan jangkamasa operasi.
Tekan butang seketika untuk memilih bilangan jam operasi yang diingini (1j, 2j, 4j, atau 8j) dan perkakas akan berhenti
secara automatik pada akhir jangkamasa ini.

Jika penapis udara tutup: tekan butang seketika untuk setkan supaya perkakas dihidupkan secara automatik
selepas bilangan jam yang ditetapkan (1j, 2j, 4j atau 8j).

FUNGSI 3D PURE AIR (Grid boleh laras)

Anda boleh melaraskan kedudukan grid salur keluar udara secara manual mengikut kehendak. Untuk pengaliran
udara bersih yang optima, setkan grid pada sudut 45°, untuk keselesaan maksima setkan kepada sudut 90°.

Sentiasa matikan perkakas dengan menekan butang (9) dan tanggalkan kabel kuasa daripada plag sebelum
setiap operasi penyelenggaraan.
Anda boleh melapkan perkakas dengan menggunakan kain lembut yang lembap.
PENTING: Jangan sekali-kali menggunakan produk-produk abrasif yang mungkin boleh merosakkan
perkakas anda.

PENAPIS-PENAPIS

Data ini adalah berdasarkan penggunaan purata selama 8 jam sehari pada kelajuan 2.
Kekerapan pembersihan dan penggantian yang dicadangkan mungkin berbeza berdasarkan kekerapan penggunaan
dan persekitaran operasi.

• Lampu "HEPA" menunjukkan bahawa penapis HEPA perlu digantikan.

Lampu "Odor" menunjukkan bahawa penapis karbon aktif perlu digantikan.

• Penapis NanoCaptur mengandungi granul-granul lutsinar yang akan bertukar warna mengikut kadar penyerapan

formaldehid. Sila rujuk kepada carta warna pada bahagian dalam panel atau pada penapis sendiri untuk
menentukan kadar penepuan penapis. Jika kadar penepuan adalah maksima, penapis mesti digantikan.
Dicadangkan bahawa kadar penepuan penapis diperiksa setiap 6 bulan.

• Pra-penapis boleh diguna semula dan boleh dicuci: keluarkan habuk dengan menggunakan alat pembersih vakum

atau bilas dengan air.

BERHATI-HATI:
Jika pra-penapis tidak dicuci dengan kerap, keberkesanan perkakas mungkin akan berkurangan.

Tekan

Cahaya ambien

Penunjuk kualiti udara

Panel kawalan

1

Bernyala

Bernyala

Bernyala

2

Cahaya sederhana

Cahaya sederhana

Cahaya sederhana

3

Tutup

Cahaya sederhana

Cahaya sederhana

4

Tutup

Tutup

Cahaya sederhana

PENYELENGGARAAN

Penapis

Tindakan

Kitaran

Pra-penapis

Dibersihkan

Setiap 2 hingga 4 minggu

Penapis Karbon Aktif

Digantikan

Setahun sekali

Penapis HEPA

Digantikan

3 tahun sekali

Penapis NanoCaptur

Digantikan

Penukaran warna

(sila rujuk kepada Carta Warna pada penapis)

MS

903566-03-PU4025-PU6025.qxp_903566/03 25/06/15 16:59 Page43

Advertising
Эта инструкция подходит к следующим моделям: